E-FOLIO (PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN)

 




JABATAN TEKNOLOGI MAKANAN HALAL

MPU 21032 – PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

E-FOLIO ~ DASAR-DASAR KERAJAAN KEARAH PERPADUAN NEGARA

KELAS – DMH1B

NAMA PENSYARAH : PUAN MARHAYU BINTI ABDUL JAMAI

NAMA

NO.MATRIKS

NUR HASYA ALIYAH BINTI SHAHRIL FADZLI

02DMH22F1068

NUR SABRINA BINTI TAZUDIN

02DMH22F1071

NUR ALIAH HUDA BINTI AHMAD KAMIL

02DMH22F1068

 

MUHAMMAD JAMIEL QHAIER BIN MOHD RAZIF

02DMH22F1067

















Bil.

TAJUK

1.

PENGHARGAAN

2.

PENGENALAN

3.

·      Dasar Ekonomi Baharu

·      Dasar Kebudayaan Kebangsaan

·      Dasar Pendidikan Negara

·      Dasar Sosial Negara

·      Dasar Pembangunan Nasional

·      Dasar Wawasan Negara

4.

KESIMPULAN

 

 























                                 PENGHARGAAN

   Pertama kali syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami menyiapkan assignment kami ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli kumpulan yang telah bekerjasama dalam melaksanakan tugasan e-folio ini yang telah diberikan oleh pensyarah kepada kami.

  Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Marhayu selaku pensyarah mata pelajaran ini atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada kami semua. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan sekeliling diatas dorongan dan sokongan dalam menyelesaikan tugasan e-folio ini.

 Kami juga ingin memohon beribu kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan kami ini, segala kekurangan harap dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri kami sendiri.   

 





Pengenalan

Perkataan dasar merujuk kepada tingkah laku beberapa aktor atau pelaku yang tertentu dalam pembuatan dasar awam yang rasmi seperti agensi kerajaan dan badan perundangan. Ia juga merupakan satu keputusan yang dibuat oleh individu dan kumpulan tertentu dalam sesebuah kerajaan mengikut keadaan negara bagi mencapai matlamat untuk mengurangkan masalah tertentu dan pembangunan negara.

   Negara yang tidak mempunyai dasar-dasar tertentu akan kelihatan pincang dan sukar bagi pemimpinnya memajukan sesebuah negara. Dengan kata lain, pembangunan sukar dilaksanakan tanpa adanya dasar yang menjadi asas atau tapak yang kukuh. Dasar amat penting dibentuk dan dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani pelbagai masalah yang timbul ekoran kesan peninggalan penjajah yang terdahulu. Keperluan dasar selain pembangunan bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat dan merapatkan lagi jurang antara kaum. Dasar-dasar dibentuk bukan sahaja oleh negara-negara maju, malahan lebih penting buat negara yag baru membangun. Proses merancang, menganalisis dan mengadakan perubahan demi perubahan terhadap dasar-dasar yang sedia ada di samping membuat dasar-dasar baru yang bersesuaian dengan hasrat mewujudkan sebuah negara maju.

   Selepas merdeka, kerajaan telah memulakan perancangan dan melaksanakan pembangunan negara dengan lebih tersusun. Terdapat beberapa dasar-dasar kerajaan ke arah perpaduan negara iaitu :

1) Dasar ekonomi baharu.

2) Dasar kebudayaan kebangsaan.

3) Dasar pendidikan negara.

4) Dasar sosial negara.

5) Dasar pembangunan nasional.

6) Dasar wawasan negara.












DASAR EKONOMI BARU

Dasar Ekonomi Baru (1970) bertujuan meredakan rusuhan kaum 1969.Pendekatan ekonomi seringkali dilihat mempunyai nilai objektif yang boleh dicapai dan diukur terutama apabila kritikan terhadap peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 dilihat berpunca daripada keadaan ekonomi masyarakat bumiputera yang masih mundur, miskin tegar dan serba kekurangan.


OBJEKTIF :

  Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu , kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.Selain itu,kerajaan juga ingin menghapuskan  pengenalan kaum mengikut fungsi fungsi ekonomi dan pembasmian miskin tanpa mengira kaum.

  Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum  tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.

 

   S                        ·      Strategi pelaksanaan Dasar ini  mengrangkumi kearah perpaduan kaum.


{Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum}


 Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:

 

i.Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur tanpa mengira kaum.

 

II. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

 

III. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan

 

 IV. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luarbandar dan antara wilayah.

 

 V. Memodenkan kehidupan di luarbandar.

 

VI. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

 

 VII. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.

 

VIII. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain tanpa mengira kaum.






DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 

 

Dasar kebudayaan kebangsaan lahir daripada gagasan kongres kebudayaan kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Dasar ini digubal untuk dijadikan panduan membentuk dan mengekalkan perpaduan kaum negara Malaysia.



Objektif  :

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu: 


(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan 

(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan

(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. 

 

Strategi Perlaksaan :

 

¨      Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.

¨      Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.

¨      Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.

¨      Memenuhi keperluan sosiobudaya.

¨      Meninggikan taraf dan mutu kesenian.


Di samping Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan 

Peranan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urus setia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa. 


 Prinsip- prinsip Asas Ke Arah Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah: 

 

1.      Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau 

-          Budaya melayu merupakan cara hidup, lambing, identity dan asas ukuran keperibadian kepada hampir 200 juta umat manusia yang mendiami rantau ini sejak berabad lamanya. Jadi wajarlah kebudayaan rakyat rantau ini dijadikan teras kepada kebudayaan kebangsaan Malaysia. 

 

2.      Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima 

-          Prinsip ini bertepatan dengan suasana masyarakat Malaysia yang  berbilang kaum dan mewarisi pelbagai budaya. Kebudayaan juga diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Kesesuaian ini bergantung sekiranya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukunegara dan asas-asas moral dan kerohanian sejagat, serta Islam sebagai agama rasmi negara. 

 

3.      Islam menjadi asas pembentukan kebudayaan kebangsaan. 

-         Agama islam merupakan unsur yang penting dalam DKK kerana kedudukannya sebagai agama rasmi negara. Justeru itu, adalah wajar nilai-nilai Islam dijadikan unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.




DASAR PENDIDIKAN NEGARA


Pada umumnya dasar pendidikan negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet, Kerajaan dan Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Tujuannya ialah membentuk satu sistem pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima pakai seluruh negara.

Di Malaysia,dasar Pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju system Pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai ‘Dasar Pendidikan Kebangsaan’.Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini pada tahun 1957.Umumnya,terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar Pendidikan kebangsaan ini.(Pertama)

- tujuan dasar Pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara da menggalakkan perkembangan kebuayaan,sosial,ekonomi,dan politik.(Kedua)

- untuk menghasilkan pelajar yang berdisplin serta mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa mereka dimana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi Pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan pembelajaran awanm yang tidak tersusun .(Ketiga)

ianya untuk memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan perkembangan sistem Pendidikan yang progresif dan Bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahsa penghantar yang utama.





\

Dasar Sosial Negara 

 

Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap. 

Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapandari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.


TUJUAN :

1.      DSN bertujuan mewujudkan sebuah  masyarakat Malaysia maju dan mantap dari segi sosial,ekonomi dan teknologi. 

 

2.      Setiap  anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum didalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri  bersatu padu ,berdaya tahan,demokratik,bermoral,bertoleransi,progresif,penyayang,adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.


Objektif Umum Dasar Sosial Negara ialah: 

 

-Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya jantina dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan. 


-Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat. 


-Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat. 


-Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial dan Menjana sinergimulti sektor





DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL 

 

Dasar Pembangunan Nasional  merupakan dasar ekonomi Malaysia yang telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991 dan telah digunakan dari tahun 1991 hingga 2000. Dasar ini merupakan sambungan Dasar Ekonomi Baru  yang berakhir pada 1990. Walau bagaimanapun, fokusnya hampir serupa dengan Dasar Ekonomi Baru. 

 Pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang  Kedua iaitu Dasar Pembangunan Nasional telah digubal untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020 dan ianya adalah susulan daripada Rancangan Jangka Panjang Pertama iaitu Dasar Ekonomi Baru yang lebih menjurus kepada matlamat untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi menghapuskan fungsi ekonomi mengikut kaum serta memberi penekanan kepada pembangunan yang seimbang berasaskan prinsip pertumbuhan dan pengagihan yang saksama bagi mewujudkan masyarakat yang lebih bersatu padu dan adil.


Objektif Dasar Pembangunan Nasional :

Ø  Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir Dasar Pembangunan Nasional kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. Dasar Pembangunan Nasiona menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi 

 

Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional :

Ø  Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan. 

 

Ø  Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat. 


Ø  Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia. 


Ø  Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara. 


Ø  Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden.





DASAR WAWASAN NEGARA 

 

Setelah berakhirnya Dasar Pembangunan Negara,kerajaan telah mengemukakan satu lagi dasar pembangunan iaitu Dasar Wawasan Negara.Tujuan Dasar Wawasan Negara untuk membina bangsa Malaysia yang progresif dan makmur serta hidup dalam keadaan yang harmoni. 

 

 Selain itu dasar Wawasan Negara menggabungkan dasar pembangunan yang lepas iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.Pengasas Dasar Wawasan Negara ialah Tun Dr. Mahathir Mohammad atau dikenali sebagai bapa pemodenan. Dasar Wawasan Negara (DWN) yang terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga. akan menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke-21. 

 

 Secara khususnya, Dasar Wawasan Negara merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang lepas dengan tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama. Bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh Negara untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri, penekanan juga akan diberi kepada membina negara yang berdaya tahan dan berdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksama untuk memastikan perpaduan dan kestabilan sosial 

 

 Teras Utama Dasar Wawasan Negara: 

-Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, mendidik kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi. 


-Menggalakkan pewujudan masayarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan dalam kalangan dan dalam kumpulan etnik serta wilayah.. 


-Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuh sumber pertumbuhan, institutsi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro 


-Mempertingkatkan daya saing untuk mengahadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi. 


-Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran bangsa. 

 

-Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan. 


-Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang. 

 

 Pelaksanaan Dasar Wawasan Negara :

Ø  Menjadikan sektor pertanian,pembuatan dan perkhidmatan yang lebih dinamik,melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi. 

 

Ø  Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil di kawasan terpencil seperti orang asli dan kumpulan minoriti Bumiputera di Sabah dan Sarawak.Selain itu meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kumpulan berpendapatan 30% terendah. 

 

Ø  Memperkasakan penglibatan golongan bumiputera di dalam sektor ekonomi utama serta meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi dengan mempercepatkan peralihan sektor ekonomi utama kepada proses pengeluaran yang lebih cekap dan aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi. 

 

Ø  Membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berpengetahuan. 

 

Ø  Memperluaskan penggunaan ICT dalam semua sektor ekonomi .ICT mempunyai peranan strategik dalam mempercepatkan proses pertumbuhan ekonomi dengan meningkatkan kecekapan dan produktiviti semua sektor dalam ekonomi. 

 

Ø  Meningkatkan lagi kualiti hidup melalui peningkatan akses kepada perkhidmatan sosial serta membangunkan aspek estatik dalam kehidupan; dan  mempergiatkan usaha bagi memupuk dan menyemai nilai-nilai positif dan nilai murni di kalangan rakyat menerusi sistem pendidikan, pertubuhan sosial dan agama serta media. 

 

Ø  Memperkukuhkan asas sumber manusia bagi memastikan bekalan tenaga manusia yang mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran berfikir yang tinggi. 

 

Ø  Melaksanakan pendekatan menyeluruh dan bersepadu dalam menangani isu-isu sumber asli dan alam sekitar bagi mengekalkan pembangunan yang mampan.







KESIMPULAN 

Kesimpulan yang dapat daripada dasar dasar ke arah perpaduan negara ialah kerana kerajaan bertujuan untuk memajukan negara yang aman damai serta juga dapat menstabilkan segala sistem yang terdapat di dalam negara . Namun demikian , matlamat dasar negara telah berubah walaupun hanya sedikit tetapi matlamatnya masih sama .

Ini kerana pada awal tahun 1970 an , tercetusnya  tragedi pada tanggal 13 Mei segala dasar yang telah digubal ialah berteraskan DEB sebagai dasar induk yang bertujuan bagi mencapai perpaduan negara . 

Justeru itu , dasar dasar kerajaan ini berubah - ubah disebabkan oleh sifatnya yang dinamik maka dasar kerajaan berubah mengikut nilai yang ditunjukkan oleh masyarakat dan pemimpin . Intihanya,matlamat dasar dasar ini  adalah bagi menjamin kehidupan rakyat pada masa akan datang .





(HASYA - 1068)







Comments

  1. Perkongsian yang bermanafaat dan menarik

    ReplyDelete
  2. Excellent, keep it up.. Be more talented. Good group and many good idea.

    ReplyDelete
  3. ilmu bermanfaat 👍🏻

    ReplyDelete
  4. isi yang bermanfaat,good job

    ReplyDelete
  5. terima kasih kerana selepas membaca e-folio ini, saya telah mendapat pengetahuan yang baharu. Good job guys!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts